Terima kasih kepada Syarikat Delima Oil Product Sdn Bhd kerana sudi bekerjasama menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Yayasan Pasir Gudang dengan menyumbangkan Susu Krimer Manis SAJI pelbagai perisa.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Encik Mohammad Fardusi Bin Roslan, Eksekutif Supply Chain, Delima Oil Product Sdn Bhd kepada Encik Nazri Bin Tangis, ALPA YPG.
Menerusi sumbangan yang diberikan, Yayasan Pasir Gudang dapat mengedarkan sumbangan ini kepada komuniti masyarakat yang memerlukan di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Syarikat Delima Oil Product Sdn Bhd merupakan sebuah anak syarikat FGV Holding Berhad yang terkenal dengan jenama utama minyak masak Halal Malaysia yang terbaik iaitu SAJI. Syarikat ini juga mengeluarkan produk makanan yang berkualiti dan dijamin halal kerana mematuhi akta makanan dan kelulusan Jakim.
Jenama SAJI bukan sahaja mengeluarkan produk minyak masak, tetapi ia juga menghasilkan produk makanan lain seperti krimer susu cair, susu pekat, kepelbagaian jenis sos, mayonis, mi segera dan garam batu.
Semoga dengan sumbangan dan keprihatinan Syarikat Delima Oil Product Sdn Bhd dapat diteruskan pada masa mendatang.
Pihak Yayasan Pasir Gudang mendoakan kejayaan yang berterusan buat syarikat Delima Oil Product Sdn Bhd.
Terima kasih Delima Oil Product Sdn Bhd !