TINJAUAN PERMASALAHAN PELAJAR TERCICIR
TEBRAU | 10 Julai 2025 – Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Tuan Haji Zuraimi, Encik Danial Syafiq (MBPG) Cikgu Ekhzan (PPD Pasir Gudang) telah membuat lawatan khas ke kediaman Puan Zohratul Nadia di Taman Tanjung Puteri Resort.
Puan Zohratul Nadia, 28 tahun, merupakan ibu tunggal kepada lima orang anak dan kini menetap bersama bekas ibu mertuanya. Difahamkan, tiga daripada 5 anak beliau masih tidak bersekolah sejak April 2025 disebabkan kekangan dalam proses penukaran sekolah di alamat baru.
Sejurus Yayasan Pasir Gudang mendapat tahu kes bahawa ada pelajar/anak yang tidak bersekolah, Yayasan Pasir Gudang berkerjasama dengan pihak PPD Pasir Gudang untuk memudahkan urusan pertukaran sekolah pelajar tersebut.
Permasalahan prosedur penukaran yang melibatkan dokumen pengesahan penceraian dan kekangan di pihak si bapa disebabkan masalah peribadi. Akhirnya ketiadaan dokumen menyebabkan anak-anaknya tidak dapat disekolahkan di tempat yang baru. Kekangan masalah kewangan juga menjadi sebab permasalahn ini berlaku.
Bagi menyelesaikan isu tersebut, Cikgu Ekhzan (PPD Pasir Gudang) telah mengambil maklumat dan membimbing Puan Zohratul bagi tindakan lanjut yang perlu diambil bagi mempercepatkan proses pertukaran sekolah tersebut.
Susulan dari itu, Yayasan Pasir Gudang akan menyediakan beberapa keperluan awal persekolahan agar anak-anak ini dapat kembali ke sekolah dalam masa terdekat. InshaAllah, PPD Pasir Gudang beri jaminan bahawa minggu depan 3 beradik ini akan mula bersekolah.
Yayasan Pasir Gudang mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPD Pasir Gudang yang sentiasa peka dan berkerjasama baik dalam memastikan keluarga ini dapat dibela sewajarnya.
Turut serta, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang Encik zainal dan Puan Hasnina.
Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat yang terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
