12 Disember 2021 | Ahad |

PASIR GUDANG : Sesi serahan Food Aid Programme MyKasih YPG bagi tahun 2022 telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin di Pasaraya Mydin, Taman Rinting pagi tadi. Bersama-sama tadi juga Encik Jeffery Gerard Perera, Timbalan Pengerusi Yayasan MyKasih.

Program ini merupakan kerjasama di antara Yayasan Pasir Gudang dan Yayasan MyKasih untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan ekoran peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat menerusi bantuan sara diri. Ia merupakan kesinambungan daripada usaha Yayasan Pasir Gudang dan Yayasan MyKasih sejak dari tahun 2015 lagi.

Hari ini, seramai 120 orang penerima yang terpilih telah menerima bantuan ini. Setiap penerima bantuan akan dikreditkan RM80 sebulan selama 12 bulan (setahun) ke dalam Mykad bagi membolehkan mereka membuat pembelian barangan keperluan asas di pasaraya yang dilantik. Mereka akan menerima manfaat ini bermula Disember 2021 sehingga November 2022. Manakala, 120 orang lagi penerima akan bermula pada Januari 2022 sehingga Disember 2022.

Moga bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan keluarga yang terkesan.

SEDUTAN PROGRAM FOOD AID PROGRAMME MYKASIH YPG 2022

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top