Sempena menanti hari perayaan Deepavali 2021 yang bakal tiba, Yayasan Pasir Gudang berpeluang menziarahi 3 buah rumah di Taman Rinting.
Keluarga Pertama
Dimulai dengan keluarga Puan Chinnama A/P Rajoon.
Puan Chinnama merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anak. Beliau telah berhenti bekerja sebagai pembantu rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Keluarga Kedua
Diteruskan dengan keluarga Encik Ganiyasan A/L Appavo.
Sebelum ini beliau pernah mengalami strok dan kesan daripadanya kini mempunyai kesukaran dari segi pertuturan.
Beliau telah berhenti bekerja sebagai pemandu van kilang sejak Covid-19 melanda.
Keluarga Ketiga
Berjumpa Encik Munisvaran A/L Sungapula yang bekerja sebagai pembaiki barangan elektrik.
Encik Munisvaran pernah mengalami kemalangan jalan raya dan telah mengakibatkan kecacatan fizikal (OKU) pada anggota badannya.
Kesemua ketiga-tiga keluarga yang diziarahi hari ini telah menerima sumbangan Yayasan Pasir Gudang berupa tunai dan barangan sempena Hari Deepavali 2021 yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Baharudin Bin Taib, Ketua WHIP MBPG. Turut serta Encik Vijayan, Pengerusi MIC Bahagian Pasir Gudang.