ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
TEBRAU | 27 Mac 2025 : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Zuraimi bin Khamis dan Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar bersama Ahli Majlis MBPG Zon Cahaya Baru, Puan Hajah Rapenah binti Ali telah menyantuni 4 pesakit kronik di Zon Cahaya Baru.
Setiap tahun, Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyumbangkan 1% daripada hasil perolehan cukai MBPG kepada Yayasan Pasir Gudang bagi disalurkan kepada mereka yang memerlukan khususnya orang miskin dan pesakit kronik.
[ PERTAMA ]
Yasin bin Khamis, 72, beliau telah mengalami strok di bahagian sebelah kanan badan buat kali pertama pada tahun 2014. Setelah mengalami strok buat kali kedua pada awal tahun 2024 Encik Yasin juga turut tidak dapat bercakap dengan baik. Kini, keadaan beliau masih lagi boleh bergerak namun beliau memerlukan sokongan sepenuhnya daripada ahli keluarga.
[ KEDUA ]
Ashidah binti Katar, 57, mengalami strok bahagian sebelah kanan badan. Puan Ashidah tidak boleh menggunakan bahagian kanan badan sepenuhnya. Beliau juga turut mempunyai darah tinggi serta strok sebelum ini. Kini, keadaan beliau masih lagi dalam proses pemulihan dan dibantu oleh anak – anak.
[ KETIGA ]
Rubiah binti Ayat, 77, Beliau telah menerima lima jahitan di bahagian dahi oleh kerana terjatuh asbab mengelak serangan monyet liar. Selain itu, tulang bahu beliau juga retak oleh kerana terjatuh terkena batu di tempat kejadian. Kini, keadaan beliau masih lagi trauma dan dalam proses pemulihan.
[ KEEMPAT ]
Raja Maizan bin Raja A.Manap, 69, mengalami masalah katarak mata sejak tahun 2021. Komplikasi mata beliau semakin teruk dari tahun ke tahun. Selain itu, Encik Maizan juga turut mempunyai paru-paru berkuman. Kini, keadaan Encik Maizan tidak boleh nampak seperti orang normal dan perlu mendapatkan rawatan pakar secepat mungkin.
[ KELIMA ]
Nor Reha binti Ahmad, 60, menghidap sakit buah pinggang tahap 5 sejak Disember 2024. Beliau telah menjalani pembedahan untuk memasang tapak fistula dan kini, keadaan beliau masih lagi boleh bergerak dan mendapatkan rawatan dialisis di Hospital Sultan Ismail.
[ KEENAM ]
Amir bin Mohd Juar, 64, terlibat kemalangan pada tahun 2011 dan menghidap penyakit diabetes kronik. Kaki kanan beliau terpaksa diamputasi oleh kerana luka yang dialami beliau mengambil masa yang terlalu lama untuk pulih. Encik Amir juga turut mengalami masalah pendengaran serta penglihatan. Kini, beliau masih lagi boleh bergerak namun beliau dibantu sepenuhnya oleh ahli keluarga.
[ KETUJUH ]
Norasmawati binti Mohd Salleh, 52, menghidap kanser payudara tahap 5 sejak tahun 2024. Beliau telah menjalani pembedahan untuk membuang ketulan. Puan Asmawati juga turut mendapatkan rawatan kimoterapi. Kini, keadaan beliau masih lagi boleh berjalan dan aktif menguruskan kerja rumah.
Lawatan serta sumbangan yang disalurkan merupakan salah satu usaha Yayasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang agar dapat membantu mereka menempuhi ujian dan rawatan sehingga pulih seperti sedia kala.
Yayasan Pasir Gudang bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang sentiasa mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta kesembuhan yang cepat untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang khususnya Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
🔥 ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin






