PASIR GUDANG | 30 APRIL 2024: YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang meluangkan masa beliau untuk menyantuni 3 individu di Taman Air Biru pagi tadi.
Pesakit Pertama :
Mazlan Bin Mahamud, 59, mengalami strok otak sejak bulan 11/2023. Keadaan beliau kini terlantar.Pesakit minum susu dengan menggunakan tiub dihidung.Encik Mazlan juga terpaksa menggunakan lampin pakai buang dewasa sepenuh masa.
Pesakit Kedua :
Mohamad Salehan Bin Mohamed Dap, 33, pesakit tumor otak dan sakit tulang belakang sejak 4 tahun lalu. Keadaan beliau kini terlantar sehingga menyebabkan belakang badan beliau terdapat luka akibat baring terlalu lama. Beliau juga mempunyai sorang anak perempuan yang menghidap penyakit tumor saraf tunjang sejak bulan 2/2024.
Pesakit Ketiga :
Faridah Binti Hj Jonet , 63, pesakit kanser lidah. Beliau telah membuang kanser bawah lidah sejak 3/4/2024 di (HSI) Hospital Sultan Ismail. Puan Faridah juga mempunyai jangkitan kuman di paru-paru dan menebuk lubang di leher untuk bantuan pernafasan.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kesihatan buat mereka disamping mengambil tahu akan keperluan lain yang diperlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup di masa akan datang.

