TEBRAU | 13 Jun 2024 : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Zuraimi bin Khamis dan Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar telah meluangkan masa untuk menyantuni beberapa individu di kawasan Taman Cahaya Masai dan Taman Kota Masai.
[ INDIVIDU PERTAMA ]
Dayana Nadhratul Raudah binti Othman, 25, pelajar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lalu. Kejadian ini mengakibatkan beliau patah tulang di tengkuk dan juga tulang spinal. Kini keadaan beliau lumpuh dan masih melakukan rawatan susulan di hospital.
[ INDIVIDU KEDUA ]
Muhammad Azrul bin Mustaffa, 28, pada 9 Mac 2024 beliau terlibat kemalangan jalan raya yang membabitkan lori dan kereta dari arah bertentangan. Kejadian tersebut mengakibatkan beliau patah kaki dan tulang peha beliau hancur. Selepas pembedahan beliau bergerak menggunakan bantuan tongkat dan juga kerusi roda.
[ INDIVIDU KETIGA ]
Ramlah binti Shamsudin, 48, suri rumah yang mengalami minor strok sebelah kanan badan sejak Mei 2024. Puan Ramlah juga turut mempunyai darah tinggi dan diabetes. Kini keadaan beliau masih dalam proses pemulihan dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail.
[ INDIVIDU KEEMPAT ]
Rusnani binti Umar, 61, suri rumah yang terlantar sejak 2007 akibat jatuh. Beliau juga mengalami strok, diabetes, darah tinggi dan juga lupa ingatan. Kini keadaan beliau tidak boleh berjalan dan masih mendapatkan rawatan fisiologi di hospital.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan yang cepat.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
