PASIR GUDANG | 24 JUN 2024 : Yang Berhormat Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, menyantuni 3 pesakit kronik di sekitar Taman Air Biru.
INDIVIDU PERTAMA
Mohd Tanda bin Mat Jaya, 48, kontraktor pendawaian yang mengalami strok pada bahagian sebelah kanan badan sejak bulan Ogos 2023. Beliau juga mempunyai darah tinggi, diabetes dan kolestrol. Kini keadaan beliau masih boleh berjalan dan perlu menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Sultan Ismail.
INDIVIDU KEDUA
Pauzi bin Mohd Ali, 54, mengalami kanser paru-paru tahap 3 sejak awal tahun 2024. Beliau telah menjalani rawatan kimoterapi. Kini keadaan beliau masih lagi bergantung kepada ubat dan perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.
INDIVIDU KETIGA
Ibrahim bin Ahmad, 36, dialisis sejak tahun 2011. Jangkitan kuman pada besi dalam kaki menyebabkan buah pinggang beliau rosak. Kini keadaan beliau boleh berjalan dan perlu mendapatkan rawatan di Wakaf Annur.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar diberikan kesembuhan dan terus kuat untuk mengharungi ujian yang sedang mereka tempuhi.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

