PASIR GUDANG | 2 Julai 2024 : Yang Berhormat Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, bersama-sama dengan Ahli Majlis Taman Cendana iaitu Encik Ishak bin Mohd Yusoff dan Encik Nooraizam bin Rowaji selaku Ahli Majlis Nusa Damai telah menyantuni beberapa individu yang mempunyai penyakit kronik di sekitar Taman Cendana.
{ INDIVIDU PERTAMA }
Suliman bin A. Hakim, 87, terlantar sejak tahun 2019. Beliau hanya boleh bergerak dengan mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga. Pendapatan keluarga Encik Suliman hanya bergantung kepada bantuan bulanan sahaja. Kini beliau hanya menerima rawatan pemeriksaan berkala di rumah.
{ INDIVIDU KEDUA }
Azeri bin Anang, 35, menghidap kanser hidung tahap 4 sejak akhir tahun 2023. Beliau telah menjalani rawatan kimoterapi hampir setiap hari dan kimoterapi beliau telah berakhir pada 14 Jun 2024. Kini beliau masih lagi dalam proses pemulihan.
{ INDIVIDU KETIGA }
Syed Muhammad Syafiq bin Syed Zainal Abidin, 28, terlibat dalam kemalangan jalan raya di Seremban, Negeri Sembilan. Kemalangan tersebut menyebabkan peha kaki kiri beliau patah. Beliau telah menjalani pembedahan memasukan besi. Kini beliau masih lagi dalam proses pemulihan dan cuti sakit selama sebulan.
Yayasan Pasir Gudang sentiasa mendoakan agar mereka tidak berputus asa dan terus kuat untuk menghadapi ujian tersebut.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
