PASIR GUDANG | 9 Julai 2024 : Yang Berhormat Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang dan Puan Chan San San, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, meluangkan masa menyantuni tiga individu yang mempunyai permasalahan berbeza di sekitar Kuala Masai dan Taman Rinting.
[ INDIVIDU PERTAMA ]
Jamaludin bin Mahmud, 62, mempunyai diabetes dan menghadapi komplikasi mata sejak September 2023. Beliau sepatutnya menjalani pembedahan menukar kanta mata pada bulan Jun 2024, namun disebabkan faktor kesihatan, pembedahan tersebut tidak dapat dilakukan. Kini, keadaan beliau tidak boleh bekerja sebagai pemandu lori kerana penglihatannya yang terjejas.
[ INDIVIDU KEDUA ]
Siti Nor Safritah binti Sayuti, 32, seorang ibu tunggal yang menjaga empat orang kanak-kanak. Arwah suaminya telah meninggal dunia pada 27 Mei 2024 di Lebuhraya Kulai. Kini, beliau ditemani oleh adiknya iaitu Mohd Kardanish, yang baru berhijrah ke Pasir Gudang.
[ INDIVIDU KETIGA ]
Mohammad bin Lamat, 72, seorang bapa tunggal yang mengalami sakit saraf pada bahagian kakinya sejak dua bulan yang lalu. Beliau kini tidak dapat berjalan seperti biasa sehingga memerlukan bantuan anak-anak dan kerusi roda untuk bergerak.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan supaya mereka diberikan kesembuhan dan kekuatan agar dapat menjalani aktiviti seperti sedia kala. Turut juga hadir adalah Ahli Majlis Zon Rinting 2 iaitu Encik Law Yiak Kwang dan Mohamad Alhad bin Ngadimon, Ketua Kampung Kuala Masai.
🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat yang terkini
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
