ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
PASIR GUDANG | 8 Januari 2024 : YB Tuan Haji Baharudin, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Encik Guru Naidu a/l Subramaniam serta Puan Chan San San telah meluangkan masa untuk menyantuni tiga individu yang menghidap sakit kronik disekitar Bandar Seri Alam, Taman Rinting dan Taman Sierra Perdana.
[ INDIVIDU PERTAMA ]
Norlida binti Alipee, 54, terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta beliau dan lori pada bulan Oktober 2024. Beliau telah mendapatkan rawatan awal di Hospital Besar Mersing kemudian dipindahkan untuk menjalani rawatan selanjutnya di Hospital KPJ.Puan Norlida telah disahkan pecah tulang pinggul serta patah tulang kaki di sebelah kiri. Kini, keadaan Puan Norlida dalam proses pemulihan dan perlu mendapatkan bantuan untuk bergerak.
[ INDIVIDU KEDUA ]
Tie Soon Piang, 75, menghidap penyakit katarak, sakit jantung serta kurang pendengaran. Beliau telah menjalani rawatan di Klinik Kesihatan Masai untuk proses pemulihan. Kini, keadaan beliau masih lagi boleh berjalan namun beliau perlu menggunakan tongkat.
[ INDIVIDU KETIGA ]
Abd Manan bin Jalil, 69, mengalami strok dibahagian sebelah kanan pada tiga tahun yang lalu. Strok tersebut menyebabkan kaki serta tangan kanan beliau berada dalam keadaan yang bengkok. Encik Abd Manan telah mendapatkan rawatan hospital serta perubatan tradisional. Kini, keadaan beliau boleh berjalan tetapi beliau perlu mendapatkan bantuan tongkat untuk bergerak.
Turut hadir bersama iaitu Tuan Haji Ishak bin Mohd Yusoff, Encik Nooraizam bin Rowaji selaku Ahli Majlis MBPG serta Tuan Haji Daud bin Saad, Ketua Kg Pasir Gudang Baru dan Encik Mohammad Alhad bin Ngadimon, Ketua Kg Kuala Masai.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk makluman terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin


