TEBRAU | 2 MEI 2024 : walaupun dalam kesibukan di akhir-akhir bulan syawal, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Tuan Hj Zuraimi bin Khamis dan Encik zainal Abidin bin Abu Bakar, meluangkan masa untuk menyantuni 2 individu di Kawasan Parlimen Tebrau. 

Individu pertama :
Siti Zubaidah binti Hassan, 59, menghidap Strok minor dan darah tinggi. Beliau masih menjalani Fisioterapi di KPJ Bandar Dato’Onn. Kini keadaan Puan Zubaidah boleh berjalan seperti biasa tetapi masih lemah dan penglihatan beliau juga semakin kabur kerana mempunyai masalah saraf pada mata. 

Individu kedua :
Salleh bin Ahmad, 74, menghidap kencing manis kronik. Beliau telah menjalani pembedahan buang nanah di kaki akibat jangkitan kuman. Kini kaki beliau beransur pulih.

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan dan juga ketabahan akan ujian dan sakit yang mereka hadapi. 

 
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top