ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

TEBRAU | 9 Januari 2024: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Zuraimi bin Khamis serta Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar dan Tuan Haji Abdul Malek bin Mahmood, Ahli Majlis MBPG Zon Cahaya Bahru telah bersama sama menyantuni empat individu sakit kronik di sekitar Kg Kopok Baru, Taman Cahaya Masai dan Taman Kota Masai.

[ INDIVIDU PERTAMA ]
Encik Mahmood bin Hashim, 85, mengalami patah tulang peha pada Disember 2024. Beliau juga turut mempunyai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, diabetes dan thyroid. Encik Mahmood tidak boleh menjalani pembedahan oleh kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan. Kini, keadaan beliau masih lagi dalam proses pemulihan. 

[ INDIVIDU KEDUA ]
Rosidah binti Mohamad Arasap, 50, menghidap kanser payudara tahap 3 sejak Mac 2024. Kanser tersebut berpunca daripada ketumbuhan pecah dibahagian dalam dan menyebabkan luka. Puan Rosidah telah menjalani rawatan dan kimoterapi. Kini, keadaan beliau perlu menjalani rawatan cuci luka untuk proses pemulihan. 

[ INDIVIDU KETIGA]
Sarinah binti Bahari, 50, terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada Disember 2024. Kejadi tersebut menyebabkan Puan Sarinah mengalami kecederaan di bahagian kepala, pendarahan otak, rahang retak dan mata lebam. Kini, keadaan beliau masih lagi terlantar dan perlu menjalani rawatan susulan di hospital. 

[ INDIVIDU KEEMPAT ]
Jameah binti Abdul Rahman, 59, mengalami usus besar bengkak sejak November 2024. Beliau telah menjalani pembedahan untuk membuang usus besar yang rosak dan telah mendapatkan rawatan di wad selama seminggu. Kini, keadaan beliau masih lagi boleh bergerak namun beliau perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail dan juga Klinik Kesihatan Taman Air Biru. 

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka terus bersemangat dan kuat menjalani setiap rawatan sehingga mampu melakukan aktiviti harian seperti sedia kala.

🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top