ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

PASIR GUDANG | 20 Januari 2024 : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Puan Vimala a/p Iyappan telah meluangkan masa untuk menziarahi Puan Jayaletchumi berusia 41 tahun yang menetap di Taman Cendana. Beliau menghidap penyakit buah pinggang, darah tinggi serta jantung bengkak. 

Sehubungan dengan itu, keadaan kedua – dua buah pinggang Puan Jayaletchumi telah rosak. Beliau telah menjalani rawatan dialisis selama sembilan tahun di Hospital Sultan Ismail. Kini, keadaan beliau masih lagi dalam proses pemulihan dan perlu membuat pembedahan di bahagian anggota tangan untuk membuang urat yang menghalangi darah tersebut untuk berfungsi. 

Yayasan Pasir Gudang berharap Puan Jayaletchumi terus kuat menghadapi rawatan yang beliau jalani supaya dapat melakukan aktiviti riadah bersama keluarga seperti biasa. 

🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top