ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

PASIR GUDANG | 22 Januari 2025: YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah meluangkan masa untuk menyantuni beberapa individu yang mempunyai pemasalahan berbeza di sekitar Taman Air Biru. 

[ INDIVIDU PERTAMA ] 
Puan Roziah binti Ayit, 68, beliau telah mengalami strok otak sejak Januari 2025.  Beliau perlu mendapatkan rawatan susulan dan ct scan di Hospital Sultan Ismail. Kini, keadaan Puan Roziah masih lagi boleh bergerak namun beliau perlu menggunakan bantuan kerusi roda. Selain Daripada itu, suami beliau yang dikenali sebagai Rahim bin Khalid,68, juga turut mengalami minor strok dibahagian sebelah kanan anggota badan sejak enam bulan yang lalu. Beliau telah mendapatkan rawatan tradisional untuk proses pemulihan. Kini, keadaan Encik Rahim semakin pulih dan perlu mendapatkan rawatan susulan.

[ INDIVIDU KEDUA ]
Puan Fauziah binti Said, 64, beliau menghidap diabetes, hempedu bocor serta batu karang pada tahun 2023.  Puan Fauziah masih lagi mendapatkan rawatan susulan di klinik dan juga hospital. Kini, keadaan beliau dalam proses pemulihan dan diuruskan oleh ahli keluarga.

[ INDIVIDU KETIGA ]
Puan Norhaslinda binti Othman, berusia 42 tahun, beliau menghidap kanser limfoma sejak awal Oktober 2023. Puan Haslinda telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah dan sedang menjalani rawatan kimoterapi. Kini, keadaan beliau masih lagi terlantar dan perlu menggunakan tiub khusus untuk minum susu. 

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka terus kuat menjalani rawatan yang akan dijalani. 

🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top