ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
PASIR GUDANG | 19 Februari 2025: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Razani bin Abdul Rauf, Encik Guru Naidu a/l Subramaniam serta Puan Chan San San telah membuat lawatan ke rumah pesakit kronik yang berbeza di sekitar Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia dan Bandar Seri Alam.
[ RUMAH PERTAMA ]
Azizah binti Mohd Nor, 59, menghidap penyakit diabetes serta apendix kronik pada tahun 2024. Manakala suaminya pula iaitu Norgihan bin Bongkek, 58, mempunyai kanser hidung tahap 4 sejak tahun 2024. Kini, keadaan sepasang suami isteri ini beransur pulih setelah menjalani pembedahan serta rawatan insentif di hospital. Walau bagaimanapun, mereka tetap perlu mendapatkan rawatan susulan untuk memantau tahap kesihatan.
[ RUMAH KEDUA ]
Rani a/p Parmal Pillal, 49, menghidap diabetes kronik dari tahun 2018. Beliau telah menjalani pembedahan amputasi kaki bahagian kanan pada tahun 2023. Kini, keadaan Puan Rani hanya boleh bergantung pada kerusi roda serta mendapatkan bantuan daripada Ahli Keluarga sahaja untuk bergerak.
[ RUMAH KETIGA ]
Rohani binti Abd Manaf, 43, mengalami kanser tumor sejak tahun 2022. Puan Rohani telah menjalani pembedahan tulang belakang pada tahun yang sama setelah disahkan menghidap kanser tumor. Kini, keadaan Puan Rohani mengalami komplikasi mata serta masih lagi terlantar asbab kesihatan beliau yang semakin merosot.
[ RUMAH KEEMPAT ]
Chandran a/l Subramaniam, 62, mengalami strok dibahagian kaki kiri dan mulut pada tahun 2024. Manakala isterinya pula, Puan Pushpamalar, 63, mengalami penyakit buah pinggang dan diabetes kronik sejak 2022. Kini keadaan sepasang suami isteri ini masih lagi dalam proses pemulihan dan perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar setiap individu tersebut diberikan ketabahan dan juga cekal menghadapi rawatan yang akan dijalankan supaya mereka kembali pulih seperti sedia kala.
Turut hadir bersama meluangkan masa Encik Nooraizam bin Rowaji selaku Ahli Majlis Bandaraya MBPG Zon Nusa Damai.
🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin



