ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
TEBRAU | 20 Februari 2025 : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Zuraimi bin Khamis, Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar serta Puan Hasnina binti Aspari telah meluangkan masa untuk menyantuni tiga Individu disekitar Kg Pasir Putih dan Taman Tanjung Puteri Resort.
[ INDIVIDU PERTAMA ]
Siti Zihan binti Kardi, 58, terlantar oleh kerana terjatuh di rumah pada November 2024. Kejadian tersebut telah menyebabkan tulang peha beliau patah. Setelah beliau mendapatkan rawatan di hospital, Puan Siti Zihan telah disahkan menghidap diabetes serta jari kaki kiri beliau perlu diamputasi kerana telah dijangkiti kuman.
[ INDIVIDU KEDUA ]
Roziyana binti Amin, 42, menghidap sakit thyroid sejak tahun 2023. Simptom awal Puan Roziyana alami adalah terdapat benjolan di bahagian leher beliau lalu benjolan tersebut pecah sehingga mengeluarkan lendir. Kini, keadaan beliau masih lagi dalam rawatan insentif dan bersedia untuk menjalani pembedahan.
[ INDIVIDU KETIGA ]
Mohammad Nor bin Mohd Ali, 61 mengalami serangan jantung sejak Januari 2025. Sewaktu dalam perjalanan ke hospital beliau tiba-tiba mengalami strok. Selain itu, Encik Mohammad Nor juga mempunyai rekod kesihatan seperti tiga serangkai. kini, keadaan beliau masih lagi terlantar serta perlu menggunakan tiub untuk membuang najis.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan yang cepat serta dipermudahkan segala urusan semasa dalam proses pemulihan.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#yayasanpasirgudang
#ypgprihatin


