ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

PASIR GUDANG | 26 Februari 2025: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Encik Guru Naidu a/l Subramaniam  telah meluangkan masa untuk menyantuni empat individu yang mempunyai pemasalahan berbeza di sekitar Taman Nusa Damai serta Taman Scientax. 

[ INDIVIDU PERTAMA ]
Nur Farah Ellyana binti Mohd Badri, 24, mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggang. Beliau telah menjalani rawatan dialisis sejak tahun 2019. Kini, keadaan Puan Farah masih lagi perlu mendapatkan rawatan susulan dan masih berada dalam proses pemulihan. 

[ INDIVIDU KEDUA ]
Aiman Zaidani bin Zaizal, 26, terlibat dalam kemalangan jalan raya pada November 2024. Beliau mengalami kecederaan parah seperti pinggul terkeluar,punggung koyak, tulang bahu dibahagian kiri patah, gigi serta bibir beliau patah dan bocor. Kejadian tersebut berlaku ketika Encik Aiman dalam perjalanan pulang ke rumah setelah bekerja. Kini, keadaan beliau masih lagi terlantar namun beliau semakin pulih. 

[ INDIVIDU KETIGA ]
Kanagambigai a/p Perumal, 43, pesakit oku mata sejak 12 tahun yang lalu. Kadar penglihatan beliau kini semakin merosot sehingga 20 peratus. Kini, keadaan beliau masih lagi belum menjalani pembedahan dan perlu mendapatkan rawatan susulan.

[ INDIVIDU KEEMPAT ]
Jamliyah binti  Fadli, 42, mengalami strok dibahagian kanan sejak September 2024. Beliau juga turut mempunyai darah tinggi serta diabetes. Puan Jamliyah juga turut mengalami kesukaran bercakap setelah beliau diserang strok. Puan Jamliyah telah menjalani rawatan awal di Hospital. Kini, keadaan beliau diuruskan oleh anak serta perlu mendapatkan rawatan susulan untuk proses pemulihan.

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka kuat dan sentiasa tabah menjalani rawatan. Kami juga berharap dengan sedikit rezeki yang dikongsikan dapat meringankan beban mereka. 

🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top