ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

TEBRAU | 27 Februari 2025: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Zuraimi bin Khamis serta Puan Hasnina binti Aspari telah menyantuni empat individu yang menetap di kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang iaitu Taman Kota Masai.

[ INDIVIDU PERTAMA ]
Zainal bin Adon, 56, pesakit cardio ( saraf oksigen), hati, jantung & paru-paru. Selain itu beliau juga turut mengalami simptom-simptom seperti batuk serta cepat mengah. Kini, keadaan beliau masih lagi boleh berjalan dan perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital. 

[ INDIVIDU KEDUA ]
Nurizzati bin Abdul Rahim, 15, menghidap diabetes kronik sejak tiga tahun yang lalu. Sebelum beliau menjalani pemeriksaan perubatan Adik Nurizzati kerap mengalami simptom bisul dan rabun. Kadar bacaan diabetes beliau hampir tidak mempunyai bacaan oleh kerana telah melebihi indeks yang ditetapkan. Kini, keadaan beliau masih lagi menjalani rawatan susulan dan mengambil insulin secara berkala.

[ INDIVIDU KETIGA ]
Suriani binti Abu Bakar, 50, mengalami sakit buah pinggang tahap empat sejak akhir Disember 2024. Beliau juga turut mempunyai diabetes serta mengalami strok di bahagian kanan badan. Kini, keadaan Puan Suriani masih lagi dalam proses pemulihan dan telah menerima rawatan insentif di hospital.

[ INDIVIDU KEEMPAT ]
Abd Rahim bin Yahya, 66, pemegang kad oku yang mengalami strok dibahagian kiri badan pada awal Februari 2025. Beliau juga turut mempunyai masalah saluran pernafasan sempit. Encik Abd Rahim telah menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail. Kini, keadaan beliau semakin pulih namun Encik Abd Rahim masih lagi tidak dapat mengendalikan anggota badan beliau sepenuhnya. 

Yayasan Pasir Gudang mendaakan agar kesemua pesakit kronik sentiasa bersabar dan kuat menjalani rawatan untuk proses pemulihan. 

🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top