ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
PASIR GUDANG | 5 MAC 2025 : YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah menyantuni tiga individu yang menghidap sakit kronik di sekitar kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang iaitu Taman Scientex.
[ INDIVIDU PERTAMA ]
Khairul bin Tahir, 39, beliau menghidap penyakit Lupus ( SLE ). Sistem imun badan Encik Khairul telah menyerang antibodi beliau sejak Ogos 2024. Penyakit tersebut telah menyebabkan keadaan saraf tunjang, mata, pendengaran, deria rasa dan bahagian bahu beliau semakin merosot. Kini, keadaan beliau perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital untuk proses pemulihan.
[ INDIVIDU KEDUA ]
Aniza binti Abdul Rahman, 53, menghidap sakit saraf sejak Mei 2024. Selain itu, Puan Aniza juga turut mempunyai rekod perubatan seperti jangkitan kuman dan darah beku di bahagian paru – paru serta kerap mengalami sesak nafas. Kini, keadaan beliau tidak kuat berjalan dan telah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Masai.
[ INDIVIDU KETIGA ]
Adik Nik Qhaliff bin Nik Muhammad Zulhilmi, kanak- kanak yang berusia 2 tahun telah menghidap sakit jantung sejak kecil. Jantung adik Nik Qhaliff mempunyai injap yang sempit, jantung berlubang serta saluran jantung terbalik. Beliau telah menjalani pembedahan pada Februari 2024. Kini, keadaan adik Qhaliff masih lagi mendapatkan rawatan susulan dan masih lagi dalam proses pemulihan.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan untuk menempuh segala rawatan dan ujian yang akan dijalankan.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

