ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
TEBRAU | 6 Mac 2025 : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar serta Puan Hasnina binti Aspari telah menyantuni tiga individu yang menghidap kanser kronik di sekitar Taman Kota Masai, kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
[ PESAKIT PERTAMA ]
Mazlina binti Ahmad, 51, beliau disahkan menghidap kanser payudara sejak Mac 2019. Beliau telah menjalani pembedahan untuk membuang ketulan yang berada dibahagian tersebut. Kini, keadaan beliau masih lagi boleh berjalan dan mengurus rumah tangga namun beliau perlu mendapatkan rawatan susulan untuk proses pemulihan.
[ PESAKIT KEDUA ]
Sa’adon binti Othman, 60, pesakit kanser usus tahap 4 sejak Oktober 2024. Beliau telah menjalani rawatan paliatif di Hospital Sultan Ismail. Sebelum beliau disahkan menghidap kanser, Encik Sa’adon mengalami pendarahan yang tidak normal ketika membuang air besar. Kini, keadaan beliau masih lagi boleh berjalan namun masih lagi dalam keadaan perlahan.
[ INDIVIDU KETIGA ]
Masliena binti Yaacob, 52, menghidap kanser payudara sejak Oktober 2016. Beliau telah selesai menjalani rawatan kimoterapi. Beliau juga turut mengalami patah tulang buku lali kaki bahagian kanan kerana terjatuh akibat tergelincir. Kini, keadaan Puan Masliena sedang menjalani rawatan susulan serta mengunakan tongkat untuk bergerak buat sementara.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan untuk kembali pulih.
🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

