ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

PASIR GUDANG | 11 Mac 2025 : Ahli Lembaga Pemegang Amanah iaitu Tuan Haji Razani bin Abdul Rauf serta Tuan Haji ishak bin Mohd Yusoff selaku Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Zon Cendana telah meluangkan masa untuk menyantuni empat individu di sekitar Taman Cendana. 

[ INDIVIDU PERTAMA ]
Rokiah binti Sidek, 61, menghidap sakit saraf sejak tahun 2019. Puan Rokiah juga turut menghidapi kesukaran untuk berjalan serta duduk terlalu lama. Kini, keadaan beliau masih lagi bergerak namun beliau perlu bantuan daripada ahli keluarga. 

[ INDIVIDU KEDUA ]
Herwan bin Khalib, 47, menghidap sakit batu karang sejak tahun 2024. Encik Herwan juga tidak dapat mengawal kadar najis yang keluar dengan normal. Kini beliau telah mendapatkan rawatan susulan di hospital serta perlu menggunakan lampin pakai buang.

[ INDIVIDU KETIGA ]
Ramlah binti Kasiran, 57, menjaga lima orang cucu yang ditinggalkan oleh arwah anak dan menantu pada November 2024. Kecelakaan tersebut berlaku apabila motor yang ditunggangi anak beliau terlibat dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Kini, keadaan anak – anak arwah telah diuruskan oleh nenek dan atuk mereka.

[ INDIVIDU KEEMPAT ]
Rosaini binti Parlam, 55, menghidap sakit buah pinggang tahap 5 serta hari rosak. Beliau juga turut menghidap penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan jantung. Kini, keadaan kesihatan beliau semakin merosot dan perlu mendapatkan bantuan tongkat serta kerusi roda untuk bergerak.

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan dan semangat untuk menjalani rawatan agar dapat kembali seperti sedia kala. 

🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top