PASIR GUDANG | 2 MEI 2024 : bersama Yang Berhormat Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, meluangkan masa melawat 3 pesakit kronik di Bandar Seri Alam.
Pesakit pertama:
Yuzaila binti Mohd Yusof, 41, pesakit kanser esopagus tahap 3, sejak pertengahan tahun 2023. Beliau telah melakukan pembedahan membuang saluran pemakanan di (HSA) Hospital Sultanah Aminah. Puan Yuzaila masih lagi dalam rawatan kimoterapi. Kini beliau perlu makan dengan kuantiti yang sedikit dalam keadaan perlahan dan kerap.
Pesakit kedua:
Rahman bin Lambot, 65, menghidap kanser tekak tahap 3, sejak bulan 11/2023. Encik Rahman telah buat pembedahan pada ketumbuhan dan peti suara pada 14/11/2023. Beliau mendapatkan bantuan pernafasan dengan menebuk lubang melalui leher.
Pesakit ketiga:
Babir bin Mahair, 65, pesakit kencing manis dan diabetis sejak tahun 2016. Kaki beliau terpaksa dipotong pada awal tahun 2024. Encik Babir juga menggunakan lampin pakai buang jika memerlukan.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka terus kuat dan diberikan kemudahan dalam segala hal.

