ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
TEBRAU | 14 Mac 2025: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Zuraimi bin Khamis, Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar serta Puan Hasnina binti Aspari telah menyantuni empat individu yang menghidap penyakit kronik di sekitar kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang iaitu Taman Kota Masai.
[ INDIVIDU PERTAMA ]
Rubiah binti Atan, 69 , menghidap sakit buah pinggang sejak lima tahun yang lalu. Puan Rubiah juga turut mempunyai sakit seperti tiga serangkai. Beliau tidak menjalani rawatan dialisis oleh kerana keadaan serta kesihatan beliau yang kian merosot. Kini, keadaan beliau masih lagi boleh berjalan namun belum perlu mendapatkan bantuan kerusi roda.
[ INDIVIDU KEDUA ]
Siti Zubaidah binti Azizi, 33, menghidap sakit buah pinggang sejak tahun 2022 yang lalu. Beliau telah mendapatkan rawaran dialisis secara kerap di Klinik Wakaf Pasir Gudang. Doktor telah sahkan bahawa kedua-dua buah pinggang beliau telah kecut. Kini, keadaan Puan Siti Zubaidah masih lagi menerima rawatan susulan.
[ INDIVIDU KETIGA ]
Hazwan bin Sulaiman, 32, terlibat kemalangan di kawasan tempat kerja beliau pada 7 Mac yang lalu. Beliau mengalami kecederaan seperti tulang Kaki, tempurung, peha dan rusuk pecah serta paru-paru koyak. Kejadian tersebut berlaku oleh kerana beliau terjatuh daripada scaffolding yang tinggi berukuran lebih kurang sembilan meter sewaktu bertugas. Kini, keadaan beliau masih lagi boleh berjalan.
[ INDIVIDU KEEMPAT ]
Sapiah binti M. Tahir, 53, menghidap penyakit kanser servik sejak tahun 2016. Beliau tidak menggunakan stoma oleh kerana keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan. Kini, Puan Sapiah tidak boleh berjalan dan perlu mendapatkan bantuan kerusi roda untuk bergerak.
Yayasan Pasir Gudang berharap agar mereka yang menjalani ujian dan rawatan ini supaya terus kuat dan cekal agar dapat pulih seperti sedia kala.
🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

