ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

PASIR GUDANG | 15 April 2025: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Puan Chan San San bersama Puan Chua Tian Cha, Ahli Majlis MBPG Zon Flora Height telah menyantuni tiga individu sakit kronik di sekitar kawasan Masai serta Bandar Seri Alam

Dalam menyokong program CSR ini, Pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang ( MBPG ) bertanggungjawab dan sentiasa komited dalam menyumbangkan dana melalui Yayasan Pasir Gudang ( YPG ) untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan khususnya pesakit kronik dan orang miskin.

[ PERTAMA ]
Mohamed Nasir bin Akip, 62, terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Februari 2025. Kemalangan tersebut telah menyebabkan beliau mengalami patah pergelangan tangan, pendarahan di bahagian kepala, patah tulang rahang serta patah satu tulang disk. Kini, keadaan beliau telah menjalani pembedahan dan masih lagi dalam proses pemulihan. 

[ KEDUA ]
Adik Regina Beh Yule, 11 tahun, menghidap sakit jantung sejak lahir. Beliau telah menjalani pembedahan sebanyak 5 kali. Sakit jantung tersebut bepunca daripada saluran pernafasan beliau yang kecil. Kini, keadaan beliau masih lagi boleh melakukan aktiviti seperti biasa namun beliau perlu menjalani rawatan susulan untuk proses pemulihan. 

[ KETIGA ]
Zaini bin Hassan, 50, menghidap sakit usus. Beliau telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali namun bekas pembedahan tersebut kerap terbuka oleh kerana sering mengalami simptom batuk. Selain itu, Encik Zaini juga turut mempunyai rekod serangan jantung. Kini, keadaan beliau terlantar dan diuruskan oleh ahli keluarga beliau.

Lawatan serta sumbangan ini adalah merupakan usaha Yayasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang untuk berkongsi sedikit rezeki dan juga sokongan kepada mereka untuk sentiasa kuat menjalani rawatan pada masa akan datang.

🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top
preloader