ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

PASIR GUDANG | 16 April 2025: YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, bersama Ahli Majlis MBPG Zon Air Biru, Encik Ed Baela bin Muhalajah telah menyantuni empat individu sakit kronik di Zon Air Biru.

Turut hadir wakil dari Jabatan Pembangunan Komuniti dan Pelancongan MBPG, Puan Eswari Duraraja dan Puan Noraini binti Osman, yang turut bersama menyampaikan sokongan dan perhatian kepada pesakit yang memerlukan bantuan.

( RUMAH PERTAMA )
Halimah binti Masdar, 62, menghidap kanser usus sejak Mei 2024 dan kini bergantung kepada beg stoma selepas pembedahan. Manakala suaminya, Mohd Rosdi bin Mamat, 52, turut mengalami masalah hati dan jantung sejak tiga tahun yang lalu. Kini keadaan pasangan suami – isteri ini masih lagi dalam proses pemulihan dan perlu menerima rawatan susulan di hospital.

( RUMAH KEDUA )
Sahriyati binti Salleh, 41, menghidap kanser payudara tahap tiga sejak tahun 2021. Beliau telah menjalani pembedahan untuk membuang ketulan pada Jun 2024. Kini, keadaan Puan Sahriyati masih lagi menerima rawatan dan perlu menjalani pembedahan untuk proses pemulihan. 

( RUMAH KETIGA )
Fatimah binti Amran, 62, mengalami masalah kulit yang serius sejak Februari 2025. Komplikasi tersebut telah menyebabkan kulit Puan Fatimah menjadi kemerahan dan menggelupas di seluruh bahagian badan beliau. Kini, keadaan kulit Puan Fatimah semakin pulih namun beliau perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.

Yayasan Pasir Gudang bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang sentiasa mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan dan berharap sumbangan yang disalurkan sedikit-sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka.

🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top