ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

PASIR GUDANG | 30 April 2025: YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Encik Guru Naidu a/l Subramaniam, telah menyantuni empat individu yang mempunyai permasalahan berbeza di sekitar Zon Taman Rinting.

Turut menyertai, mewakili Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim ( YPKDT ), Puan Zurina binti Hassan, Penggerak Wanita Dun Permas

[ PERTAMA ]
Muhammad Saifuddin bin Yusof, 33 tahun, terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Februari 2025 yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan serius seperti patah tengkuk, rahang dan bahu. Beliau telah menjalani pembedahan dan kini memerlukan rawatan susulan secara berterusan.

[ KEDUA ]
Mohamad bin Tahir, 76 tahun, mengalami patah tulang pinggul kiri selepas terjatuh di halaman rumah beliau pada hari raya kedua. Encik Mohamad telah menerima rawatan di wad selama dua minggu dan kini masih terlantar serta perlu mendapatkan rawatan susulan. 

[ KETIGA ]
Seramlu a/l Sinnapadu, 75 tahun, mengalami serangan strok di bahagian kanan otak dan kiri badan sejak lima hari lalu. Beliau telah mendapatkan rawatan secara tradisional. kini, keadaan beliau memerlukan rawatan susulan serta penjagaan rapi oleh ahli keluarga beliau.

[ KEEMPAT ]
Syakyah binti Chalid, 72 tahun, terjatuh pada November 2024 sehingga menyebabkan patah tulang di bahagian kaki. Selain itu, beliau turut mengalami komplikasi pada bahagian mata. Kini, Keadaan beliau semakin pulih namun beliau masih memerlukan rawatan susulan di hospital.

Lawatan serta sumbangan yang dihulurkan ini menunjukkan usaha Yayasan Pasir Gudang bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang sentiasa komited dalam memberikan sokongan terhadap komuniti yang berada dibawah Pentadbiran MBPG khususnya mereka yang menghadapi penyakit kronik dan miskin tegar. 

🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top