ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

TEBRAU | 2 Mei 2025: Ahli Lembaga pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Zuraimi bin Khamis, Encik Zainal Abidin bin Abu bakar serta Puan Hasnina binti Aspari telah menyantuni empat pesakit kronik di sekitar Taman Cahaya Masai dan Taman Kota Masai.

turut hadir bersama, Pasukan Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan mewakili Majlis Bandaraya Pasir Gudang ( MBPG ), diketuai oleh Puan Eswari Duraraja.

[ PERTAMA ]
M. Mahandran A/L Manikam, 54 tahun, telah menghidap diabetes kronik sejak sepuluh tahun lalu. Beliau telah menjalani pembedahan membuang tapak kaki kanan bagi mengelakkan jangkitan menjadi lebih parah. Kini, beliau masih mampu bergerak dengan bantuan kerusi roda dan perlu mendapatkan rawatan susulan.

[ KEDUA ]
Sinnamah a/p Thangaviloo, 55, mengalami sakit buah pinggang sejak tujuh tahun yang lalu. Selain itu, beliau juga turut mempunyai masalah darah tinggi dan katarak mata. Puan Sinnamah sedang menjalani rawatan dialisis. Kini, keadaan beliau telah diuruskan oleh ahli keluarga.

[ KETIGA ]
Midun bin Seman, 68 tahun, menghidap diabetes kronik sejak Mac 2024. Beliau telah menjalani pembedahan amputasi kaki kiri pada April 2024, diikuti dengan amputasi kaki kanan pada Mac 2025. Kini, beliau masih mampu bergerak namun beliau perlu mendapatkan bantuan daripada kerusi roda. 

[ KEEMPAT ]
Adik Aafiyah Sofea binti Abdullah, 8 tahun, telah mengalami komplikasi jantung sejak lahir. Keadaan tersebut berpunca daripada saluran jantung beliau yang mempunyai satu injap sahaja. Selain itu, injap jantung adik Aafiyah juga turut mempunyai dua lubang. Kini, keadaan  beliau masih lagi bergantung pada ubat dan perlu mendapatkan rawatan susulan. 

Lawatan serta sumbangan yang di salurkan adalah komitmen berterusan Yayasan Pasir Gudang dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang dalam usaha untuk membantu golongan sasar khususnya pesakit kronik dan miskin tegar. 

🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top