LAWATAN KEBAKARAN YAYASAN PASIR GUDANG
PASIR GUDANG | 2 Mei 2025: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Puan Chan San San telah membuat lawatan ke kediaman mangsa bencana kebakaran di sekitar Bandar Seri Alam.
Tiga buah keluarga di kejiranan tersebut telah mengalami kerugian apabila rumah mereka terlibat dalam satu insiden kebakaran yang berlaku pada 30 April 2025 sekitar jam 9.10 malam.
Lawatan bermula di rumah pertama milik Miftahul Ulum bin Abdul Kaher, 31, kebakaran yang merebak cepat telah meranapkan sebahagian siling serta atap rumah beliau.
Rumah kedua yang terlibat ialah milik Encik Kamis bin Abdullah, 77. Insiden kebakaran yang dialami oleh tiga buah keluarga tersebut dipercayai berpunca daripada lintar pintas yang berlaku di kediaman beliau. Disebabkan itu, tiga bilik dan seluruh atap serta siling bahagian atas rumah beliau musnah sepenuhnya.
Lawatan diteruskan lagi ke rumah ketiga milik Encik Ali Hassan bin Jamaludin, 70, yang turut terjejas kebakaran. Api yang mula marak daripada kediaman Encik Kamis telah merebak ke kediaman beliau sehingga menyebabkan bahagian atap,siling serta dinding rumah beliau mengalami kerosakan.
Dalam usaha untuk membantu ketiga – tiga keluarga tersebut, Majlis Bandaraya Pasir Gudang ( MBPG ) melalui Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sokongan dari segi fasiliti dan juga sukarelawan untuk membantu mereka melakukan kerja – kerja pembersihan dan melaksanakan proses baik pulih rumah secepat mungkin.
Semoga juga dengan usaha ini, dapat membantu mereka kembali mempunyai tempat berteduh yang selesa dan selamat untuk bersama keluarga.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin





