ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
PASIR GUDANG | 6 Mei 2025: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir, Puan Vimala a/p Iyappan telah meluangkan masa menyantuni tiga pesakit kronik di sekitar Taman Scientex.
Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) secara aktif menyokong inisiatif Yayasan Pasir Gudang untuk menyantuni setiap pesakit kronik secara berkala. Berikut adalah merupakan pendekatan terbaik dalam usaha untuk menghulurkan bantuan awal agar dapat meringankan beban pesakit-pesakit kronik seperti mereka.
[ PERTAMA ]
Fazlin bin Sibun, 43, sering mengalami sesak nafas dan paru – paru tidak berfungsi dengan baik. Mengikut rekod perubatan beliau juga adalah bekas pesakit tibi. Kini, keadaan Encik Fazlin masih lagi sukar bernafas dan perlu bergantung pada ubat serta inhaler.
[ KEDUA ]
Solahuddin bin Nazirun, 47, menghidap sakit buah pinggang tahap empat sejak tiga tahun yang lalu. Penyakit ini dipercayai berpunca daripada darah tinggi. Kini, keadaan beliau masih lagi bekerja dan perlu menjalani rawatan dialisis mengikut jadual yang telah ditetapkan.
[ KETIGA ]
Jaulang binti Lapidek, 74, terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Februari 2025. Kejadian dipercayai berlaku apabila beliau diserang strok ketika memandu. Puan Jaulang juga turut mempunyai diabetes. Kini, keadaan beliau masih lagi terlantar dan perlu mendapatkan rawatan susulan untuk proses pemulihan.
Yayasan Pasir Gudang sentiasa mendoakan agar pesakit – pesakit kronik ini diberikan kesembuhan serta kuat menjalani rawatan agar dapat menjalani aktiviti harian mereka seperti sedia kala.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin


