ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
TEBRAU | 8 Mei 2025 : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar bersama Puan Hajah Rap’enah binti Ali, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah menyantuni tiga individu yang mempunyai permasalahan berbeza di sekitar Sg Tiram.
Selain daripada menyediakan sokongan fasiliti dan bantuan awal bencana, Majlis Bandaraya Pasir Gudang ( MBPG ) melalui Yayasan Pasir Gudang juga turut bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan kepada pesakit – pesakit kronik seperti mereka.
[ PERTAMA ]
Siti Aida binti Zakaria, 39, disahkan menghidap kanser payudara serta endometriosis. Beliau telah selesai menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi. Kini, keadaan Puan Siti semakin pulih namun beliau masih lagi perlu bergantung pada ubatan yang telah dibekalkan oleh pihak hospital.
[ KEDUA ]
Muhammad Danish Hakim bin Zailan, 19, terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang kerumah. Kemalangan tersebut telah menyebabkan Beliau mengalami tulang retak di bahagian kaki kanan. Kini, keadaan Adik Danish masih lagi menggunakan tongkat untuk berjalan dan perlu menunggu keputusan untuk menjalani pembedahan.
[ KETIGA ]
Azizah binti A.Bakar, 46, menghadapi masalah sarah tunjang tulang belakang sejak tahun 2023. Kejadian tersebut berlaku oleh kerana beliau terjatuh di tempat kerja. Puan Azizah telah menjalani pembedahan untuk membuang dan mengantikan tulang baharu. Kini, keadaan beliau masih lagi dalam proses pemulihan dan diuruskan oleh ahli keluarga.
Yayasan Pasir Gudang bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang berharap dengan adanya sedikit bantuan ini dapat membantu meringankan beban pesakit – pesakit kronik ini dalam menjalani kehidupan mereka insyallah.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin


