ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

PASIR GUDANG | 13 Mei 2025: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Razani bin Abdul Rauf dan Tuan Haji ishak bin Mohd Yusoff, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Cendana berserta pasukan Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan MBPG yang diwakili oleh Encik Paudzi bin Sukami telah menyantuni empat pesakit kronik di sekitar Taman Cendana.

Dalam usaha menjaga kesejahteraan komuniti setempat, Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Yayasan Pasir Gudang mengambil inisiatif dengan menyantuni pelbagai golongan sasar khususnya pesakit kronik yang menghadapi permasalahan berbeza seperti mereka.

[ PERTAMA ]
Retchagamary a/p sandanam, 59, mengalami komplikasi buah pinggang. Beliau telah menjalani rawatan dialisis sejak tahun 2021. Kini, keadaan beliau masih lagi boleh bergerak namun beliau perlu mendapatkan rawatan susulan untuk proses pemulihan. 

[ KEDUA ]
Ramasamy a/l Devaraj, 62, mempunyai diabetes kronik sejak November 2024. Beliau telah menjalani pembedahan amputasi kaki kiri sehingga paras lutut. Kini, keadaan Encik Ramasamy masih lagi boleh berjalan namun beliau perlu menggunakan tongkat berkaki empat untuk bergerak. 

[ KETIGA ]
Jamal bin Atan, 75, terlibat dalam kemalangan jalan raya pada April 2025. Setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya, beliau juga turut mengalami strok dibahagian kiri anggota badan. Kini, keadaan beliau masih lagi terlantar dan perlu mendapatkan rawatan susulan.

[ KEEMPAT ]
Hussin bin Othman, 56, mempunyai diabetes kronik sejak tahun 2015. Setelah mengalami luka dibahagian kaki keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Kini, keadaan Encik Hussin telah menjalani pembedahan amputasi kaki kiri dan masih lagi dalam proses pemulihan.

Yayasan Pasir Gudang bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang sentiasa mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta kesabaran yang kuat untuk menjalani rawatan sehingga pulih seperti sedia kala. 

🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top