ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
TEBRAU | 15 Mei 2025 : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar bersama Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Cahaya Baru, Tuan Haji Malek bin Mahmood berserta Pasukan Jabatan Kesejahteraan komuniti dan Pelancongan MBPG yang diwakili oleh Encik Paudzi bin Sukami telah melawat empat pesakit kronik di sekitar zon Cahaya Baru.
[ PERTAMA ]
Misseah binti Abu Bakar, 66, mengalami injap jantung bocor sejak lima tahun yang lalu. Beliau tidak boleh menjalani pembedahan oleh kerana faktor usia beliau yang semakin meningkat. Kini, Puan Misseah masih lagi boleh berjalan dan perlu berpantang makanan.
[ KEDUA ]
Afifah binti Abu Bakar, 32, terlibat dalam kemalangan jalan raya sejak September 2024. Beliau telah menjalani pembedahan amputasi kaki bahagian kanan dan memasukan besi di kaki bahagian kiri. Kini, keadaan Puan Afifah masih lagi terlantar dan mempunyai masalah penglihatan oleh kerana pendarahan yang berlaku di bahagian saraf belakang mata.
[ KETIGA ]
Rusli a/l Lamir, 55, menghidap diabetes sejak dua tahun yang lalu. Beliau Telah mendapatkan rawatan di bahagian tapak kaki kanan serta menjalani amputasi jari kaki di bahagian kiri. Kini, keadaan beliau masih lagi terlantar dan diuruskan ahli keluarga.
[ KEEMPAT ]
Arif bin Abdullah, 75, menghidap penyakit saraf dan sakit tua sejak lima tahun yang lalu. Beliau juga turut mempunyai masalah urat tersepit dibahagian tulang belakang. Kini, keadaan beliau masih lagi terlantar dan diuruskan oleh ahli keluarga.
Lawatan serta sumbangan yang dihulurkan adalah merupakan inisiatif Majlis Bandaraya Pasir Gudang ( MBPG ) melalui Yayasan Pasir Gudang dalam usaha untuk membantu setiap komuniti yang memerlukan khususnya pesakit kronik dan miskin tegar yang berada di dalam kawasan pentadbiranya.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#yayasanpasirgudang
#ypgprihatin



