TAMAN CENDANA | 5 MEI 2024: Yang Berhormat Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, meluangkan masa untuk melawat 4 individu yang menghadapi ujian yang berbeza.
Encik Ramlee bin Utot, 61, melecur di bahagian muka dan tangan pada 9/4/2024. Kejadian berlaku apabila Encik Ramlee ingin memadamkan api pada sampah. Semasa proses memadamkan api, api tersebut semakin merebak dan terkena beliau. Encik Ramlee telah dirawat di hospital selama 19 hari dan kini dalam proses pemulihan.
Seterusnya, anak kepada Encik Mohd Nor Syawal bin Md Nisam, 31, iaitu Allahyarham Mohamad Nor Ramadhan, 5, mati lemas di Kg Sepakat Baru, Skudai. Pihak Bomba menjumpai mangsa pada jam 11.00 malam pada hari yang sama.
Encik Muhammad Nur Haziq bin Roslan, 28, mengalami kemalangan ketika bekerja akibat ditimpa barang ( plat besi ) pada 19/4/2024. Kejadian berlaku di Taman Desa Cemerlang, ketika beliau sedang menurunkan barang di belakang lori, plat besi tersebut mengelungsur dan menimpa beliau. Kini, kaki kanan beliau dimasukkan besi dan kaki kiri disimen kerana sebahagian kaki dan tumit hancur.
Akhir sekali, isteri kepada Encik Sunderesan Naidu A/L Thanggavelu, 46, iaitu mendiang Jeeva A/P Muniandi, meninggal dunia akibat sakit jantung. Kejadian berlaku akibat terjatuh tangga di luar rumah.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka yang mengalami ujian diberikan kekuatan dan kesembuhan yang cepat agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.


