ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

TEBRAU | 29 Mei 2025: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Zuraimi bin Khamis, Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar dan Puan Hasnina binti Aspari berserta Hajah Rap’enah binti Ali, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah menyantuni empat pesakit kronik di sekitar Tg Puteri Resort dan Kg Pasir Putih. 

Turut bersama, Pasukan Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan MBPG yang diwakili oleh Encik Paudzi bin Sukami bagi menghulurkan bantuan dan mengambil maklumat pesakit yang memerlukan bantuan susulan.

[ PERTAMA ]
Yah binti Yaacob, 75, mengalami strok sejak awal bulan ini. Menurut rekod perubatan, Puan Yah juga turut mempunyai darah tinggi, diabetes dan ingatan yang tidak berapa jelas. Kini, keadaan beliau masih lagi terlantar dan perlu mendapatkan sokongan ahli keluarga untuk bergerak. 

[ KEDUA ]
Izz Zulhilal bin Joranand, 18, terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menunaikan solat maghrib berjemaah. Beliau telah menjalani pembedahan memasukan besi dibahagian bahu kiri serta tulang pipi kiri. Kini, keadaan adik izz semakin pulih dan perlu mendapatkan rawatan susulan. 

[ KETIGA ]
Suradi bin Ahmad, 71, menghidap diabetes kronik sejak tahun 2005. Pembadahan amputasi jari kaki kiri telah dijalankan namun pada 10 Mei 2025 beliau terpaksa menjalani pembedahan amputasi kaki kiri sehingga paras lutut oleh kerana kuman telah merebak. Kini, keadaan Encik Suradi diuruskan oleh ahli keluarga dan perlu mendapatkan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

[ KEEMPAT ]
Ahmed bin Abdullah, 52, mengalami strok sejak Disember 2024. Beliau telah menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Sultan Ismail. Kini, keadaan beliau masih lagi tidak boleh berjalan dan diuruskan oleh ahli keluarga beliau.

Lawatan serta sumbangan yang dihulurkan adalah merupakan usaha Yayasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang bagi membantu golongan sasar khususnya orang miskin serta pesakit kronik yang berada di bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya MBPG.

🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top