ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

PASIR GUDANG | 1 Julai 2025: Susulan siasatan yang telah dilaksanakan, Pihak Yayasan Pasir Gudang berserta pasukan Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan MBPG yang diwakili oleh Puan Noraini binti Osman telah menyantuni empat pesakit kronik di sekitar Taman Scientex dan Taman Desa Rakyat Perdana.

Siri Ziarah Kasih kali ini, Majlis Bandaraya Pasir Gudang ( MBPG ) telah mengenal pasti pesakit bagi pemberian bantuan susulan seperti Subsidi Tambang Rawatan (STR) bagi meringankan beban pesakit kronik yang memerlukan rawatan berkala di hospital seperti mereka :

[ PERTAMA ]
Md Ali Vejaya bin Tasripan, 55, terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan berat pada Julai 2020. Kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan pada peha dan bahu beliau. Encik Md Ali telah menjalani pembedahan dan masih tidak dapat bekerja serta perlu menerima rawatan susulan.

[ KEDUA ]
Yusof bin Yaacob, 52, mengalami apendiks kronik sejak Mei 2025 yang telah menyebabkan komplikasi pada hati dan paru-paru. Beliau kini masih menjalani rawatan susulan dan dijaga oleh ahli keluarga.

[ KETIGA ]
Muhammad Qamarul Rayyan Rizky, 13, terlibat dalam kemalangan motosikal pada April 2025. Kemalangan tersebut telah menyebabkan patah tulang mata dan pendarahan otak. Kini, Keadaannya semakin pulih namun masih belum boleh bercakap dan memerlukan rawatan susulan.

[ KEEMPAT ]
Heznieza binti Mohamad Hanapiah, 43, ibu tunggal ini menghidap kanser pangkal rahim tahap 3 sejak Februari 2025. Beliau masih bekerja dan perlu menguruskan anak – anak. Kini, keadaan beliau masih lagi menjalani rawatan berkala sehingga pulih sepenuhnya.

Lawatan serta sumbangan ini adalah merupakan saranan yang diusahakan oleh YB Bahar bagi membantu pesakit kronik yang sangat memerlukan khususnya golongan sasar dan miskin.

Dengan adanya bantuan yang dihulurkan harap dapat meringankan sedikit beban pesakit ketika mereka kerap menjalani rawatan susulan di hospital sehingga pulih seperti sedia kala.

Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk perkembangan dan maklumat yang terkini. 

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top