ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
YB Tuan Haji Baharudin berkesempatan menziarahi tiga individu yang sedang melalui pelbagai ujian kehidupan di sekitar Zon Masai. Menerusi inisiatif Yayasan Pasir Gudang, kunjungan ini menjadi salah satu usaha berterusan YB Bahar untuk menyantuni mereka yang memerlukan, khususnya pesakit kronik dan golongan kurang berkemampuan, sambil berkongsi sedikit rezeki sebagai tanda keprihatinan.
Parijan bin Bibit – Pemegang kad OKU sejak lahir. Mempunyai masalah akaun bank bagi permohonan bantuan bulanan JKM dan MAIJ.
Sulaiman bin Haris – Terjatuh hingga patah tulang punggung.
Fhadzilah binti Shamsudin – Lawatan memeriksa rumah selepas baik pulih rumah selesai dilaksanakan.
Turut serta, Encik Mad Yasir, Ahli Majlis Zon Masai dan Encik Indraputra, Ketua Kg Baru Masai beserta Encik Paudzi (MBPG).
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang #ypgprihatin
