ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Dua individu di Bandar Seri Alam yang sedang diuji dengan permasalahan berbeza telah menerima kunjungan YB Bahar. Kehadiran beliau bukan sahaja untuk menziarahi, malah turut membawa sokongan moral dan semangat agar mereka terus tabah menghadapi dugaan kehidupan.

* Encik Abu Bakar- yang berdepan dengan masalah peribadi di samping menjaga anak dan isterinya yang mempunyai pendarahan di bahagian otak.

* Encik Ahmad- seorang warga emas yang terlantar akibat sakit tua, selain turut mempunyai masalah kesihatan lain seperti sakit sendi dan darah tinggi.

Turut serta, Encik Razani (Ahli Majlis MBPG) dan Encik Naidu ( ALPA YPG ) serta Puan Noraini (JKKP MBPG).

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top