ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG✨
TEBRAU | 14 Mei 2024 : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Tuan Haji Zuraimi bin Khamis, Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar dan Puan Hasnina binti Aspari, meluangkan masa untuk melawat 4 individu sekitar Kota Masai.
[ INDIVIDU PERTAMA ]
Noratika binti Saian, 28, mengalami kebakaran rumah yang berpunca daripada litar pintas pada 10 Mei 2024. Dua bilik dibahagian atas rumah musnah akibat kebakaran. Kini beliau sekeluarga menetap sementara di rumah abang iparnya.
[ INDIVIDU KEDUA ]
Ammar Ziqri bin Mazlan, 5, pesakit down syndrome sejak lahir. Beliau juga mempunyai lebihan saluran di jantung dan turut menghidap sakit tiroid. Beliau menjalani rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah. Kini keadaan beliau tidak boleh berjalan dan tidak boleh bercakap.
[ INDIVIDU KETIGA ]
Aliff Amirullah bin Rozi, 28, kemalangan jalan raya pada November 2024, beliau mengalami patah tulang leher dan juga mempunyai saraf terhimpit dibahagian leher. Kini keadaan beliau masih tidak boleh berjalan dan telah menerima rawatan susulan terakhir pada Februari 2024 yang lalu.
[INDIVIDU KEEMPAT ]
Khalid bin Wahab, 39, kemalangan ketika bekerja pada 8 Februari 2024. Beliau ditimpa kenderaan jenis ATV yang menyebabkan beliau cedera dibahagian kaki sehingga sendi pada buku lali beliau tercabut. Sebelum ini, beliau telah menjalani pembedahan dan kini beliau menerima rawatan susulan di hospital.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan dan ketabahan untuk menghadapi ujian yang dihadapi.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
