ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

YB Bahar mengambil masa melawat sebuah keluarga pekerja Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di Kg Sentosa Cahaya Baru.

YB Bahar melihat hasil sumbangan Yayasan Pasir Gudang yang menyumbangkan sebuah mesin oksigen mudah alih kepada Encik Md Nadzri untuk kegunaan anaknya, adik Nazrinshah. Lawatan kali ini bertujuan adalah untuk meninjau dan melihat sendiri keadaan adik Nazrinshah.

Menurut perkongsian bapanya, adik Nazrinshah kerap memerlukan bantuan oksigen. Dengan tabung oksigen biasa, pergerakannya amat terbatas dan menyukarkan beliau untuk bergerak atau berulang-alik ke hospital.

Adik Nazrinshah juga hanya mampu minum sekitar 950ml air sehari kerana jika berlebihan wajahnya akan mengalami bengkak. Selain itu, beliau turut berdepan dengan keadaan injap jantung yang hanya berfungsi satu sahaja sejak lahir.

Adik Nazrinshah telah menjalani pembedahan di IJN sebanyak dua kali. Kini keadaan beliau masih bergantung kepada ubat dan kadangkala akan mengalami kesukaran bernafas.

YB Bahar bersetuju adik Nazrinshah agar mula bersekolah tadika Khas bagi sesi tahun 2026 dan beliau akan menaja yuran persekolahan adik Nazrinshah. Perkara ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapanya.

Turut hadir, Tn. Hj. Zuraimi & Pn. Hasnina ( ALPA YPG ) serta Pn. Hajah Rap’enah (Ahli Majlis MBPG) bersama Encik Paudzi ( JKKP MBPG ) 

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top