ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Susulan maklumat yang diterima, Yayasan Pasir Gudang sekali lagi berpeluang menziarahi dua pesakit di Cahaya Masai yang sedang melalui ujian kesihatan akibat kemalangan jalan raya.
. Lokman bin Harun – mengalami patah tangan kiri serta retak tulang selangka. Kini, beliau masih terlantar selepas menjalani pembedahan membuang tempurung kepala sebelah kanan.
. Rozmi bin Sarib – berdepan kecederaan patah kaki kanan serta retak pada bahu.
Kunjungan ini bukan sahaja bertujuan menziarahi, malah sebagai tanda keprihatinan terhadap cabaran yang mereka hadapi, di samping memberi semangat agar terus tabah menempuh dugaan.
Turut serta, Encik Zainal dan Puan Hasnina (ALPA YPG) serta Encik Paudzi (JKKP MBPG)
