ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Yayasan Pasir Gudang telah menziarahi Empat individu yang menghidap penyakit kronik di Bandar Seri Alam dan Taman Scientex.
Dalam kunjungan tersebut, Yayasan Pasir Gudang turut menyampaikan bantuan kewangan sebagai sokongan untuk menampung kos rawatan serta urusan harian mereka.
* Puteri Nurvilla, pesakit kronik SLE yang kini memberi kesan kepada buah pinggang dan darah.
* Encik Raman, yang mengalami strok pada bahagian kiri badan sejak tahun 2019. Manakala pasangannya, Puan Paravathy, turut diuji dengan penyakit kanser payudara, kencing manis dan darah tinggi sejak tahun 2024.
* Encik Subramaniam, yang terlibat dalam kemalangan 11 tahun lalu sehingga menyebabkan beliau mengalami jangkitan kuman pada bahagian kaki, masalah kulit, salur darah tersumbat serta lebihan darah putih.
Yayasan Pasir Gudang sentiasa mendoakan agar mereka diberikan kekuatan untuk menjalani rawatan sehingga pulih seperti sedia kala.
Turut hadir, Encik Guru Naidu ( ALPA YPG ) serta Encik Paudzi ( JKKP MBPG )
Ikut kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
