ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Di tengah kesibukan jadualnya, YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang tetap meluangkan masa untuk turun padang ke Taman Cendana bagi menyantuni empat individu yang sedang berjuang dengan kesihatan dan cabaran kehidupan.
Encik Manarsamy, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada awal September 2025. Insiden tersebut menyebabkan beliau kehilangan kaki kiri serta mengalami patah tulang di bahagian tangan.
Puan Sharifah Nafasiah, yang menghidap kanser payudara sejak Julai 2025. Beliau masih belum menjalani rawatan kimoterapi dan turut mempunyai masalah kesihatan lain seperti slip disc.
Encik Azahari, yang menghidap penyakit jantung sejak tahun 2024. Selain itu, beliau turut mengalami masalah saraf tulang belakang dan kaki, serta beberapa penyakit kronik lain yang menjejaskan kesihatan keseluruhannya.
Encik Sugumaran, yang diserang strok pada bahagian kanan badan sejak tahun 2023. Beliau juga menghidap darah tinggi dan diabetes kronik. Walaupun masih mampu berjalan, beliau kini memerlukan bantuan ahli keluarga untuk menjalani rutin harian.
Turut hadir, Tuan Haji Razani (Ketua WHIP MBPG) dan Tuan Haji Ishak Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Zon Cendana.
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk Maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
