ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Yayasan Pasir Gudang (YPG) terus komited melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Tuan Haji Zuaraimi (ALPA YPG) turun menyantuni empat individu di sekitar Zon Cahaya Bahru sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
Encik Shaidzuan menghidap penyakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis secara berkala. Beliau kini bergantung kepada bantuan keluarga untuk bergerak.
Encik Rosli pula terpaksa menjalani rawatan amputasi separuh kaki kiri akibat serpihan kayu yang tercucuk pada kakinya. Beliau diuruskan oleh isterinya dan menggunakan tongkat untuk bergerak.
Puan Noryusmah menghidap diabetes kronik serta masalah hati bernanah. Beliau telah menjalani pembedahan di bahagian perut bagi memasukkan tiub pembuangan nanah dan kini turut mengalami komplikasi pada mata.
Sementara itu, Encik Abd Karim mengalami luka serius di bahagian punggung akibat terlantar lama di hospital semasa mendapatkan rawatan demam denggi. Keadaan tersebut menyebabkan beliau tidak dapat duduk dengan sempurna.
Turut serta, Puan Hajah Rap’enah dan Tuan Haji Malek, Ahli Majlis Bandaraya (MBPG) serta Encik Zainal (ALPA YPG). Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
