ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang (YPG) telah mengadakan kunjungan ke kediaman empat individu yang mengalami sakit kronik di Taman Scientex bagi menyalurkan bantuan tunai sekaligus mengenal pasti keperluan pesakit yang memerlukan sokongan lanjut seperti mereka.
* Adik Muhamad Waiz mengalami strok otak sejak September 2025 akibat darah beku di bahagian otak. Kini, beliau terlantar dan lehernya ditebuk bagi tujuan saluran pemakanan.
* Adik Nuraina Izzati mempunyai masalah injap jantung sempit sejak lahir yang menyebabkan pergerakannya terbatas. Beliau dijadualkan menjalani pembedahan injap jantung pada awal November 2025.
* Encik Rafizal menghidap sakit jantung sejak tahun 2024 dengan tiga saluran tersumbat. Beliau telah menjalani pembedahan dan kini masih dalam proses pemulihan.
* Encik Mohis menghidap kanser darah sejak tiga tahun lalu dan turut mempunyai rekod kanser hidung tahap tiga. Beliau telah menjalani rawatan kimoterapi dan kini bergantung kepada ubat-ubatan hospital.
Turut hadir, Tuan Haji Ishak, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
