ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Kunjungan yang diketuai oleh Tuan Haji Zuraimi (ALPA YPG) ke kediaman empat individu di Kampung Pasir Putih dan Taman Pasir Putih merupakan sebahagian inisiatif Yayasan Pasir Gudang bagi memberi semangat sekaligus mengenal pasti keperluan bantuan yang boleh disalurkan kepada mereka.
* Encik Imran menghidap kanser usus tahap 4 sejak akhir tahun 2024. Beliau telah menjalani pembedahan dan kini sedang menerima rawatan kimoterapi secara berkala.
* Puan Norijah pula menghidap penyakit buah pinggang tahap 4 sejak tahun 2023 serta mempunyai rekod kesihatan lain seperti diabetes kronik. Beliau kini menjalani rawatan dialisis dan dijaga sepenuhnya oleh ahli keluarga.
* Adik Syazani terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama ayahnya pada Ogos 2025, yang mengakibatkan pendarahan di dalam otak serta patah pada tulang mata. Kini, beliau masih dalam proses pemulihan dan diuruskan oleh ahli keluarga
* Puan Noraini pula mengalami strok ringan pada bahagian tangan dan kaki kiri sejak Oktober 2025. Beliau turut menghadapi jangkitan kuman pada paru-paru, dan kini masih terlantar serta memerlukan rawatan susulan.
Turut hadir, Encik Zainal dan Puan Hasnina (ALPA YPG) serta Encik Paudzi (JKKP MBPG)
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
