TEBRAU | 23 Mei 2024 : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Zuraimi bin Khamis, Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar dan Puan Hasnina binti Aspari, turut bersama Ahli Majlis Zon Kota Masai 3 iaitu Hajah Rap’enah binti Ali meluangkan masa untuk melawat empat individu yang mempunyai permasalahan yang berbeza di sekitar kota masai.
{ INDIVIDU PERTAMA }
Nur Syazween Azila binti Zahri, 1 bulan, bayi yang mengalami jantung berlubang dan injap jantung yang sempit selepas berusia 2 hari. Bayi ini masih lagi dalam proses pemantauan kerana pembedahan boleh dilakukan selepas beliau berusia 1 tahun. Kini keadaan Syazween hanya mengambil ubat dan mendapatkan rawatan susulan.
{ INDIVIDU KEDUA }
Nur Alisha binti Mohamad Zaha, 7, menghidap sakit tulang belakang rosak ( spina bifida ), sakit ini juga mengakibatkan saraf dibelakang badan beliau terkeluar. Kini keadaan Alisha tidak boleh berjalan kerana bahagian badan sehingga ke bawah kaki tidak berfungsi . Alisha masih lagi mendapatkan rawatan susulan di hospital.
{ INDIVIDU KETIGA }
Abdul Rahman bin Jamirin, 64, menghidap diabetes sejak 10 tahun yang lepas. Jari kaki beliau mula pecah dan bernanah. Beliau masih dalam proses pemulihan mencuci kaki. Kini keadaan beliau tidak boleh berjalan laju dan lasak.
{ INDIVIDU KEEMPAT}
Suryati binti Dollah, 43, menghidap kanser payudara sejak Februari 2024. Beliau masih dalam rawatan membuang cecair di bahagian payudara dan akan menjalani rawatan kimoterapi.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka cepat sembuh dan diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian yang mendatang.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
