Yayasan Pasir Gudang

[ 10 Jun 2021, Khamis ] Bersama Yayasan Pasir Gudang menziarahi 2 buah keluarga di Taman Scientex adalah Puan Hajah Haryati Binti Ismail, Ahli Majlis Zon Scientex 1.

Rumah pertama

Kediaman pertama bertemu dengan Puan Roslima Binti Zainal. Puan Roslima merupakan pesakit kanser payudara tahap awal sejak bulan Ogos tahun lalu.

Pada awalnya, beliau tidak mengetahui dirinya menghidap sakit kanser ini dan hasil daripada pemeriksaan Doktor Pakar pada bulan Januari lalu mendapati bahawa beliau disahkan menghidap kanser payudara.

Sebulan selepas itu, Puan Roslima telah melakukan pembedahan di Hospital Penawar bagi merawat sakitnya ini. Suaminya akan menghantar beliau ke Hospital Sultanah Ismail (HSI) untuk rawatan kimoterapi.

Rumah Kedua

Pertemuan terakhir bertemu dengan Encik Noor Idham Bin Md Salleh. Encik Idham menghidap sakit Leukemia (kanser darah) kronik sejak bulan April lalu.

Pada awalnya, beliau mengalami kekerapan demam sejak bulan September yang lalu sehingga hujung bulan November walaupun tidak tahu punca sakitnya itu. Akibat keadaan kesihatannya yang semakin teruk, beliau telah membuat keputusan untuk berhenti kerja pada bulan Mac lalu bagi merawat kesihatannya.

Pada bulan April lalu, beliau telah melalukan rawatan pengeluaran sampel dari air tulang sum-sum dan Doktor Pakar mengesahkan bahawa dirinya menghidap penyakit Leukemia.

Setiap minggu, beliau akan menjalani rawatan kimoterapi di HSI sebanyak 1 sehingga 2 kali. Beliau tidak lagi boleh berjalan sekuat dahulu dan memerlukan pertolongan isterinya.

Yayasan Pasir Gudang telah menghulurkan sumbangan wang Ihsan Pesakit Kronik kepada Puan Roslima dan Encik Idham.

Doa dan harapan agar diberikan kesembuhan dan ketabahan dalam mengharungi ujian yang ditimpa oleh mereka

Let's Chat
Scroll to Top