[ 13 Jun 2021, Ahad ] Yayasan Pasir Gudang telah selesai menziarahi 3 buah kediaman di sekitar kawasan Tanjung Puteri Resort dan Kg Pasir Putih.

Kediaman Pertama

Berjumpa dengan Encik Suhaimi Bin Baharudin di Tanjung Puteri Resort. Encik Suhaimi merupakan pesakit kencing manis. Beliau telah menderita sakitnya ini sejak tahun 2016 lagi. Pada bulan mei lalu, akibat sakitnya yang semakin kronik, beliau terpaksa menjalani pembedahan pemotongan kaki sebelah kanan dari bawah lututnya atas saranan Doktor pakar.

Kini, dirinya memerlukan penggunaan kerusi roda sepenuhnya bagi melakukan rutin harian. Beliau juga masih bekerja sebagai penjaga stor bagi menyara keluarganya.

Isterinya iaitu Puan Siti Sabariah Binti Salim juga merupakan pesakit yang mempunyai sel darah putih melebihi sel darah merah. Dirinya boleh berjalan seperti biasa tetapi tidak boleh duduk di atas lantai.

Disamping itu, Encik Suhaimi juga menjaga ayah angkatnya yang terlantar kerana strok dan sentiasa menggunakan lampin pakai buang dewasan untuk urusan diri. Yayasan Pasir Gudang telah menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik serta lampin pakai buang dewasa kepada Encik Suhaimi.

Kediaman Kedua

Selanjutnya berjumpa Puan Anita Binti Dol di Kg Pasir Putih. Puan Anita telah mengalami kecederaan di mana tangan dan kakinya patah dan limpa pecah (terpaksa dibuang semasa menjalani pembedahan).

Kecederaannya berpunca daripada kemalangan yang dihadapi beliau di hadapan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2 ketika memasuki pintu masuk sekolah. Kini, beliau memerlukan penggunaan kerusi roda untuk bergerak.

Pada 15 April lalu, beliau telah menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Ismail (HSI) dan tangannya telah dimasukkan besi. Alhamdulillah, beliau telah menerima bantuan katil pesakit, susu dan lampin pakai buang dewasa daripada NGO. Yayasan Pasir Gudang berkesempatan menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada Puan Anita.

Kediaman ketiga

Perjumpaan terakhir di kediaman Encik Mohd Nor Azam Bin Mohamad Hamidi. Encik Azam telah terlibat kemalangan jalanraya apabila beliau dilanggar oleh treler sewaktu pulang dari kerjanya pada 25 Mac lalu. Kesan kemalangan menyebabkan peha kanan, 4 jari kaki kiri dan rusuk dada kiri patah manakala perut di bahagian dalam luka.

Kakinya dari peha sehingga paras lutut telah dibedah untuk di masukkan besi. Rawatan susulannya pada 25 mei lalu terpaksa ditunda kerana pandemik Covid-19. Beliau telah melakukan fisioterapi di HSI dan mencuci luka pembedahannya di rumah.

Kini, beliau perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Syukur, JKM telah membantu membayarkan kos pembedahan peha kanan kakinya (kemasukan besi) yang menelan hampir RM 2000. Yayasan Pasir Gudang telah menghulurkan bantuan wang ihsan pesakit kronik kepada beliau.

Semoga kesemua yang diziarahi hari ini diberikan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan dalam menjalani kehidupan mendatang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top