Wakil Yayasan Pasir Gudang, Encik Guru Naidu a/l Subramaniam, ALPA YPG menziarahi beberapa rumah pada hari ini di sekitar kawasan Taman Air Biru dan Taman Bukit Dahlia.

Ziarah rumah pertama iaitu adik Mohammad Alif bin Khairol Anuar yang berusia 20 tahun. Adik Mohammad Alif diberi dugaan dengan mempunyai ketumbuhan di kepala dan kanser paru-paru sejak bulan Januari tahun lalu.

Setiap 2 minggu, adik Alif akan melakukan rawatan kimoterapi di Hospital Sultanah Ismail (HSI). Pada 7 Mac 2021 ini akan melakukan rawatan kesihatan dan kimoterapi di HSI. Kos pengangkutan ke hospital menelan hampir RM 50 (pergi dan balik) serta kos kimoterapi bagi setiap rawatan adalah RM 53. Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan keperluan makanan dan sedikit wang perbelanjaan pesakit kepada ayahnya.

Salurkan sumbangan ke account Yayasan Pasir Gudang :

Bank Islam Berhad (BIMB)
Yayasan Pasir Gudang
01087010046859

ATAU

KLIK “SUMBANGAN” DI BAWAH UNTUK SUMBANG :
(Reference : ADIK alif]

Setelah itu ke rumah Encik A. Wahab. Encik A. Wahab merupakan bapa tunggal dan sudah lama tidak bekerja. Encik A. Wahab mempunyai sakit kencing manis, darah tinggi, urat saraf dan masalah pendengaran. Encik A. Wahab sering melakukan rawatan kesihatan di Klinik Kesihatan Masai. 8 tahun lalu, Encik A. Wahab pernah mendapat bantuan alat pendengaran daripada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (ketika menjadi Menteri Besar Johor). Alat pendengaran yang dimilikinya mengalami kerosakan dan kos pembelian baru agak mahal untuk dibeli.

Buat masa kini, cucu duduk bersama untuk menjaga Encik A. Wahab dan anak-anaknya akan memberi duit perbelanjaan untuk digunakan membeli barang keperluan dan makanan. Yayasan Pasir Gudang berkesempatan menghulurkan sumbangan keperluan makanan dan akan membantu mengusahakan alat pendengaran baru kepada Encik A. Wahab.

Salurkan sumbangan ke account Yayasan Pasir Gudang :

Bank Islam Berhad (BIMB)
Yayasan Pasir Gudang
01087010046859

ATAU

KLIK “SUMBANGAN” DI BAWAH UNTUK SUMBANG :
(Reference : Encik a.wahab]

Kunjungan Yayasan Pasir Gudang berikutnya di Taman Bukit Dahlia iaitu Encik Khalid Bin Tasmin yang menderita strok sebelah kiri badan. Encik Khalid menghidapi strok sejak bulan Jun tahun lalu. Kejadian strok bermula ketika Encik Khalid baru pulang dari kerja dan merasakan badannya terlalu lemah. Pada mulanya Encik Khalid merasakan ini hanyalah sakit badan biasa, maka Encik Khalid pergi mendapatkan urutan badan. Sedih dan pilu apabila rawatan susulan di Hospital Sultanah Ismail, doktor mengesahkan Encik Khalid menghidap strok di sebelah kiri badan. Kini, Encik Khalid masih bekerja tetapi dalam tempoh cuti sakit.

Salurkan sumbangan ke account Yayasan Pasir Gudang :

Bank Islam Berhad (BIMB)
Yayasan Pasir Gudang
01087010046859

ATAU

KLIK “SUMBANGAN” DI BAWAH UNTUK SUMBANG :
(Reference : Encik khalid]

Kunjungan rumah terakhir di kediaman Puan Zalila Binti Hasbullah. Puan Zalila tidak bekerja dan mendapat bantuan JKM sebanyak RM 400 sebulan. Manakala, suaminya bekerja sebagai pemandu lori. Anaknya bekerja sebagai Wataniah di Kem Tebrau. Kaki Puan Zalila dipotong sebelah kanan sejak 2016 kerana menghidap kencing manis dan darah tinggi. Kini, Puan Zalila hanya menggunakan tongkat dan kerusi roda untuk melaksanakan rutin harian. Walaupun keadaan Puan Zalila tidak seperti orang biasa, keazaman Puan Zalila dalam membantu suaminya begitu tinggi dengan bekerja sambilan sebagai guru mengajar ngaji anak-anak jiran di sekitar kawasan perumahanya.

Salurkan sumbangan ke account Yayasan Pasir Gudang :

Bank Islam Berhad (BIMB)
Yayasan Pasir Gudang
01087010046859

ATAU

KLIK “SUMBANGAN” DI BAWAH UNTUK SUMBANG :
(Reference : PUAN ZALILA]

Yayasan Pasir Gudang mendoakan pesakit yang diziarahi pada hari ini kembali pulih seperti sediakala. Marilah bersama-sama Yayasan Pasir Gudang bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik ini. Semoga dengan sumbangan anda dapat meringankan bebanan mereka.

#PasirGudangPrihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top